Nabi s.a.w. pernah bersabda,”La ilahilla llah itu adalah kalimat yang paling baik untuk zikrullah”
Juga dilaporkan bahawan Nabi s.a.w. bersabda, bahawa hari kiamat tidak akan tiba selagi ada orang, walaupun seorang sahaja yang masih hidup yang menyebut “La il ha illlallah”.Nabi Musa a.s. diberitahu oleh Allah bahawa zikir iitu adalah ibadat yang paling disukaiNya sebab kemampuan zikir itu menimbulkan perasaan ikhlas yang mendalam dalam jiwa orang mukmin, maka “La il ha illallah itu digelar pembersih hati.
“La ilaha illallah” itu juga dinamakan Anak Kunci Pembuka Syurga kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam satu kutbahnya bahawa pintu syurga akan terbuka pada setiap orang yang menyebutnya.
Nabi s.a.w menjelaskan tentang apa yang terjadi dalam manlis zikrullah.Nabi s.a.w. bersabda bahawa sekumpulan malaikat diberi tugas khusus oleh Allah membuat rondaan di muka bumi ini untuk melihat orang yang berzikir.Apabila malaikat itu berjumpa dengan jemaah yang berzikir, malaikat itu berasa sukacita lalu memanggil lebih banyak lagi malaikat masuk dalam kumpulan itu.Mereka saling berpegang sayap dan membuat satu barisan yang sampai ke langit.
Apabila majlis zikir itu tamat,malaikat itu pun kembali ke langit.Allah bertanya kepada mereka ke mana mereka pergi (walaupun Allah memang mengetahui ke mana mereka pergi).Para malaikat menjawab bahawa mereka kembali dari majlis zikir yang mengagung dan mentakdiskan Allah.
Allah bertanya kepada mereka:”Pernahkah mereka melihat Aku?”
Malaikat menjawab:”Tidak, wahai Tuhan kami”
Allah bertanya:”Apakah anggapan mereka sekiranya mereka melihatKu?”
Malaikat menjawab:”Jika demikian, mereka akan bertambah-tambah lagi mengingati dan memuliakan Kamu”
Allah bertanya:”Apa yang mereka pinta dariKu?”
Malaikat menjawab:”Mereka rindukan syurgaMu”
Allah bertanya:”Pernahkan mereka melihatnya?”
Malaikat menjawab:”Belum pernah”
Allah bertanya:”Apakah akan terjadi jika melihatnya?”
Malaikat menjawab:”Mereka akan bertambah-tambah rindu lagi”
Allah bertanya:”Dari apakah mereka akan berlindung?”
Malaikat menjawab:”Mereka minta perlindungan dari nerakaMu”
Kemudian Allah Taala berkata kepada malaikat bahawa Ia telah mengampunkan semua dosa mereka yang berzikrullah itu.Tetapi seorang malaikat bertanya :Ya Allah, ada seorang yang kebetulan duduk sahaja hampir dengan mereka yang berzikir dan bukan termasuk dalam kumpulan mereka yang berzikir itu?”Allah menjawab ,”Bahkan yang seorang itu pun Aku ampuni.
Petikan dari Buku Kitab Ilmu Perubatan Kesufian.
No related posts.