Nabi Besar Muhammad s.a.w. adalah orang yang paling benar dan amanah dalam alam semesta raya ini.Bahkan sebelum menjadi rasul lagi baginda telah digelar al-Amin iaitu orang paling amanah.
Nabi pernah bersabda:”Dalam surah al-fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan semua penyakit”
Nabi juga pernah bersabda:”Saya beritahu kepada kamu satu surah yang paling agung,paling tinggi darjatnya dalam al-Quran.Itulah surah al-Hamd (surah pembukaan al-Fatihah)yang mempunyai 7 ayat.Inilah sab’ah mathani (7 ayat yang diulang-ulang) dan surah ini mewakili al-Quran yang agung.
Syaitan menangis,meraung dan mengoyak-ngoyak rambutnya pada 4 kejadian.
Pertama:apabila ia dilaknati.
Kedua:apabila ia dihumban dari syurga
Ketiga:apabila nabi s.a.w diberi tafaf kenabian dan kerasulan
Keempaat:apabila surah al-fatihah diturunkan
Membaca surah al-fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan solat fardu subuh.Dalam bacaan ini ayat pertama dan kedua disambung jangan berhenti.Dengan kata lain,huruf (mim) dalam nir-Rahim disambung dengan (lam) dalam alhamdu-lillahi.Ayat selebihnya dibaca seperti biasa iaitu berhenti di hujung ayat.
Jika seseorang itu diserang penyakit gila, ayat ini hendaklah dibaca dan ditiup pada air dan diberi minum.
Demikian sedikit kelebihan surah al-Fatihah.Wallahu ‘alam.
No related posts.