Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda seperti di bawah
1.Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan-Nya ubat kecuali mati.Firman Allah barang sesiapa yang hidup menurut petunjuk Al-Quran akan lanjut usianya.
2.Asal segala penyakit adalah sejuk. Oleh itu makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.
3.Perut itu rumah penyakit dan puasa raja segala ubat.Oleh itu jadikan ia satu kebiasaan.
4.Pada sisi Allah , makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan secara beramai-ramai.
5.Makan seorang diri semasa sarapan adalah makan bersama syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s.
6.Biarkan makanan agak sejuk sebelum memakannya kerana makanan yang panas itu tidak berkat.
7.Apabila makan , tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat.
8.Ada keberkatan pada makanan di tengah pinggan. Oleh itu mulakan makan makanan yang ditepi pinggan dahulu bukan mula dari tengah.Maksud hadis ini ialah seseorang itu jangan tamak dengan mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat berkat, jangan seorang diri saja.
9.Ada keberkatan dalam tiga perkara dalam sarapan pagi, dalam roti dan dalam sup.
10.Berus gigi dengan miswak (berus gigi kayu yang biasanya dibuat daripada dahan pokok) selepas makan dan kemudian berkumur-kumur kerana kedua-duanya amalan ini adalah penjaga gigi.
11.Gunakan miswak kerana amalan ini datang dari kebersihan dan kebersihan datang dari iman dan iman membawa orang itu ke surga.
12.Makanan dalam pinggan memohon rahmat bagiorang yang makan hingga habis.
13.Makan bersama barulah bersurai kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.
14.Kurang makan kurang dosa.
15.Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha.
16.Sarapan pagi waktu fajar (dinihari) ada berkatnya.
17.Ketika saya mikraj, tidak ada seorang malaikat pun yang tidak berkata “Wahai Muhammad, beritahu umatmu supaya berbekam. Rawatan yang paling baik ialah berbekam.
18.Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerungsingan seperti kerungsingan kerana berhutang.
19.Siapa yang sakit selama 7 hari, maka ia adalah penebus dosa selama 70 tahun.