My Blogku

07/07/2009

Jauhkan kenderaan dari kemalangan cara Islam

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 10:00 pm

Untuk mengelakkan kenderaan daripada berlanggar atau menemui kemalangan,sila lakukan seperti  berikut:

1.Sediakan air di dalam satu bekas.

2.Setelah disediakan air, baca 

i.Al-Fatihah 3 kali

ii.Qul huAllahu Ahad 3 kali

iii.Qul auzzubirobbinnas 3 kali

Setiap 3 kali ayat yang dibaca,hendaklah ditiupkan ke dalam air

3.Setelah melakukan perkara di atas, siramkan air itu ke atas kereta anda dengan memulakannya dari arah berikut:

i.mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan

ii.dari depan ke kiri

iii.dari kiri ke belakang

iv.dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu

Apabila anda lakukan seperti yang ditunjukkan di atas kenderaan anda dengan izin Allah tidak akan mengalami kemalangan yang besar

Perhatian:

Perkara disebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan tetapi bagi yang telah memiliki kenderaan boleh mulakannya dari sekarang.Cukuplah dengan sekali sahaja.Insyallah.

03/07/2009

Pelindung-Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 9:05 pm

1.Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipannya terhadap Allah.

2.Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah

3.Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

4.Rumah yang penghuninya memakan makanan yang halal.

5.Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungkan tali silaturahim.

6.Rumah yang penghuninya sentiasa berbakit kepada ke dua ibu bapanya.

7.Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan suami isteri yang soleh dan solehah.

8.Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga rahsia.

9.Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan perkara-perkara bi’daah.

10.Rumah yang penghuninya penuh dengan suasana salam dan minta izin.

Powered by WordPress