My Blogku

29/06/2009

Ubat Yang Mujarab

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 9:41 pm

Nabi Besar Muhammad s.a.w. adalah orang yang paling benar dan amanah dalam alam semesta raya ini.Bahkan sebelum menjadi rasul lagi baginda telah digelar al-Amin iaitu orang paling amanah.

Nabi pernah bersabda:”Dalam surah al-fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan semua penyakit”

Nabi juga pernah bersabda:”Saya beritahu kepada kamu satu surah yang paling agung,paling tinggi darjatnya dalam al-Quran.Itulah surah al-Hamd (surah pembukaan al-Fatihah)yang mempunyai 7 ayat.Inilah sab’ah mathani (7 ayat yang diulang-ulang) dan surah ini mewakili al-Quran yang agung.

Syaitan menangis,meraung dan mengoyak-ngoyak rambutnya pada 4 kejadian.

Pertama:apabila ia dilaknati.

Kedua:apabila ia dihumban dari syurga

Ketiga:apabila nabi s.a.w diberi tafaf kenabian dan kerasulan

Keempaat:apabila surah al-fatihah diturunkan

Membaca surah al-fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan solat fardu subuh.Dalam bacaan ini ayat pertama dan kedua disambung jangan berhenti.Dengan kata lain,huruf (mim) dalam nir-Rahim disambung dengan (lam) dalam alhamdu-lillahi.Ayat selebihnya dibaca seperti biasa iaitu berhenti di hujung ayat.

Jika seseorang itu diserang penyakit gila, ayat ini hendaklah dibaca dan ditiup pada air dan diberi minum.

Demikian sedikit kelebihan surah al-Fatihah.Wallahu ‘alam.

26/06/2009

Zikrullah-Mengingati Allah

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 8:44 pm

Nabi s.a.w. pernah bersabda,”La ilahilla llah itu adalah kalimat yang paling baik untuk zikrullah”

Juga dilaporkan bahawan Nabi s.a.w. bersabda, bahawa hari kiamat tidak akan tiba selagi ada orang, walaupun seorang sahaja yang masih hidup yang menyebut “La il ha illlallah”.Nabi Musa a.s. diberitahu oleh Allah bahawa zikir iitu adalah ibadat yang paling disukaiNya sebab kemampuan zikir itu menimbulkan perasaan ikhlas yang mendalam dalam jiwa orang mukmin, maka “La il ha illallah itu digelar pembersih hati.

“La ilaha illallah” itu juga dinamakan Anak Kunci Pembuka Syurga kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam satu kutbahnya bahawa pintu syurga akan terbuka pada setiap orang yang menyebutnya.

Nabi s.a.w menjelaskan tentang apa yang terjadi dalam manlis zikrullah.Nabi s.a.w. bersabda bahawa sekumpulan malaikat diberi tugas khusus oleh Allah membuat rondaan di muka bumi ini untuk melihat orang yang berzikir.Apabila malaikat itu berjumpa dengan jemaah yang berzikir, malaikat itu berasa sukacita lalu memanggil lebih banyak lagi malaikat masuk dalam kumpulan itu.Mereka saling berpegang sayap dan membuat satu barisan yang sampai ke langit.

Apabila majlis zikir itu tamat,malaikat itu pun kembali ke langit.Allah bertanya kepada mereka ke mana mereka pergi (walaupun Allah memang mengetahui ke mana mereka pergi).Para malaikat menjawab bahawa mereka kembali dari majlis zikir yang mengagung dan mentakdiskan Allah.

Allah bertanya kepada mereka:”Pernahkah mereka melihat Aku?”

Malaikat menjawab:”Tidak, wahai Tuhan kami”

Allah bertanya:”Apakah anggapan mereka sekiranya mereka melihatKu?”

Malaikat menjawab:”Jika demikian, mereka akan bertambah-tambah lagi mengingati dan memuliakan Kamu”

Allah bertanya:”Apa yang mereka pinta dariKu?”

Malaikat menjawab:”Mereka rindukan syurgaMu”

Allah bertanya:”Pernahkan mereka melihatnya?”

Malaikat menjawab:”Belum pernah”

Allah bertanya:”Apakah akan terjadi jika melihatnya?”

Malaikat menjawab:”Mereka akan bertambah-tambah rindu lagi”

Allah bertanya:”Dari apakah mereka akan berlindung?”

Malaikat menjawab:”Mereka minta perlindungan dari nerakaMu”

Kemudian Allah Taala berkata kepada malaikat bahawa Ia telah mengampunkan semua dosa mereka yang berzikrullah itu.Tetapi seorang malaikat bertanya :Ya Allah, ada seorang yang kebetulan duduk sahaja hampir dengan mereka yang berzikir dan bukan termasuk dalam kumpulan mereka yang berzikir itu?”Allah menjawab ,”Bahkan yang seorang itu pun Aku ampuni.

Petikan dari Buku Kitab Ilmu Perubatan Kesufian.

25/06/2009

Pintu-pintu syaitan

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 9:08 pm

Antara pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati ialah

1.Hati yang dengki dan tamak haloba.Ketamakan menjadikan ia menjadi buta dan tuli.

2.Kenyang kerana banyak makan kerana kenyang menguatkan syahwat sedangkan syahwat itu adalah senjata yang tajam.

3.Mengharap pemberian orang lain.Sikap ini akan menimbulkan riak dan tipu daya kepada orang yang diharap sehingga orang tersebut akan melakukan apa saja demi mengambil hati dari orang yang boleh diharap.

4.Tergesa-gesa. Ini menyebabkan hati tidak tenang.Akibatnya keliru dan lupa Allah

5.Buruk sangka kepada orang lain.

Kebodohan bekas pemimpin dunia

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 8:49 pm

bush-bodh-2

 

bush-bodoh-1

 

bush-bodoh-3

Buatan Malaysia

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 8:41 pm

ayooooo

 

berapa-banyak-jalan

 

jem

 

rempet

24/06/2009

Gambar Malaikat?

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 6:11 am

Gambar MalaikatInilah kebesaran Allah.Hayatilah dengan iman.

23/06/2009

Harta , Wanita dan Angan-angan

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 6:31 am

Kebendaan hanya wujud ketika manusia wujud di dunia.Tetapi jika sudah mati, segala-galanya ditinggalkan dan tidak boleh di bawa mati.Jika harta diperolehi dan digunakan ke jalan yang diredahi oleh Allah, pasti harta itu dapat membantu manusia di akhirat kelak.

Justeru ulama pernah berpesan

1.jangan ikat hatimu kepada wanita kerana hari ini dia untukmu dan esok hari dia untuk orang lain.Apabila engkau taat kepadanya maka memasukkkan engkau ke dalam neraka

2.jangan ikat hatimu pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini ia hakmu tetapi esok boleh jadi hak orang lain

3.jika hatimu terikat pada harta, engkau akan menjadi bakhil

4.tinggalkan apa-apa yang ragu di dalam hatimu sebab hati orang mukmin akan goncang dalam subahat, lari dari haram dan tenang dalam halal.

22/06/2009

Membaca Sebagai Satu Terapi Kesihatan

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 8:53 pm

Sesetengah individu berperilaku aneh terhadap buku seperti John Stewart  yang berwasiat supaya dia dikuburkan bersama-sama buku-bukunya, manakala Isac Volmer dan Theodore Rinking pula sanggup memakan buku.

Dalam era terkini, pakar kesihatan Inggeris telah berjaya menyembuhkan penyakit tertentu dengan menggunakan buku.Membaca buku mampu mempengaruhi kehidupan manusia.Antara yang menarik diperkatakan ialah membaca buku dianggap sebagai terapi yang telah dibuktikan sebagai indeks kepada kecemerlangan dan keintelektualan bangsa dan tahap kemajuan sesuatu bangsa.

Anda Kerap Alami Tekanan.Atasinya dengan bijak.

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 8:38 pm

Kita tidak menjangka bila datangnya tekanan kerana kesibukan tidak mengizinkan kita memikirkannya.Sebenarnya daripada kesibukkan tersebut yang mengundang anda mengalami tekanan.Tekanan kadang-kala menyesakkan perasaan dan menyakitkan kepala.Bersabar dan alamilah kehidupan yang lebih sihat selepas anda mempraktikkan panduan di bawah:

KETAWA

Ketawa selama 15 minit setiap hari kerana dengan ketawa mampu membaiki aliran darah ke hati

URUTAN

Urut disekitar kawasan yang merasa tekanan.  Selalunya apabila menghadapi tekanan, kepala akan berdenyut di sekitar kepala, tengkuk, mata dan bahagian atas hidung.Urut bahagian tersebut dengan lembut dan anda akan merasa tekanan yang dialami akan berkurangan.

BERJALAN

Bangun dari tempat duduk anda. Goyangkan kepala, tangan dan kaki serta pinggang sebagai senaman ringan.Berjalan selama 10 minit dan tegurlah rakan-rakan anda di sekeliling.

TIDUR

Tidur sebentar atau jika tidak pejamkan mata tanpa gangguan.Jika anda bertindak untuk tidur lebih lama, terlebih dahulu minumlah bancuhan air susu bersama-sama sedikit serbuk kayu manis dan madu.Pasti tidur anda lebih lena dan tenang.

MAKAN VITAMIN

Makan vitamin yang bersesuaian iaitu vitamin B kerana dapat membantu mengeluarkan bahan toksid dan racun yang terhasil di dalam badan

BERDOA

Berdoa kepada Allah dan berserah diri kepada-Nya

Makanan Dan Khasiatnya

Filed under: Uncategorized — Hisham @ 6:39 pm

Jintan Manis (anisun)

Antara khasiatnya ialah melegakan sakit dalam badan, menambahkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan air mani dan membuang gas dalam usus.  Boleh digunakan dalam bentuk teh, sapu ke mata untuk menguatkan pandangan mata.Adalah diberitakan bahawa ular keluar dari tempat kediaman musim sejuknya pergi mencari jintan manis dengan menyapu matanya pada pokok itu kerana penglihatannya lemah dalam musim sejuk.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis.Dikatakan epal boleh menguatkan hati.

Asparagus (hiyawn)

Panas dan lembab.Ia membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. Ia boleh membunuh anjing yang memakannya.

Pisang (mawz)

Panas dalam peringkaat pertama.Orang yang pembawaannya sejuk  boleh memakannya dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)

Barli dijadikan makanan.Ia untuk pengidap pembawaan panas. Direndam dalam air dan diminum untuk menghilangkan batuk dan sakit kerongkong.Nabi selalu memberi sup barli kepada orang yang demam.

Bunga kubis

Sukar dihadam dan dikatakan bahaya pada penglihatan

Lobak Merah

Menaikkan rangsangan sex.Ia panas.Menggalakkan aliran haid dan air kencing

Older Posts »

Powered by WordPress